Jumaat, 29 Jun 2012

Penghijrahan ku..



Assalamualaikum , Jumu'ah al mubarak !

Seperti yanag kita semua tahu , setiap insan itu mesti ada penghijrahan sendiri , dan kini ana akan ceritakan pula tentang penghijrahan ana sendiri. Pada mulanya ana ni yang sederhana sahaja , tiada yang layak pun untuk ana miliki , sudah beberapa tahun lamanya , masuk usia perbelasan tahun , fikiran ana semakin menuju peringkat kedewasaan.

Pertama , dulunya ana tak lah berilmu sangat terutama kepada agama , sering tinggal sembahyang , dan pernah juga tak pernah langsung ! Astaghfirullah. Sungguh rugi kan ana , kalau tentang perangai ni , hah tak payahlah nak puji puji , gauk ! tak senonoh. pheeeew~ tapi yang indahnya guru agama di sekolah dulu sering bagi nasihat kepada muridnya termasuklah ana , sering menceritakan hukuman hukuman di akhirat malah menceritakan kisah pejuang pejuang islam. Dari sanalah timbulnya perasaan ana sedikit demi sedikit , untuk mendekati yang Esa,

Berpusingnya dunia menunjukkan sudah melalui beberapa tahun, dan pada tahun inilah ana akan menghadapi peperiksaan sssru di sekolah agama dahulu. Dan di tahun inilah jua ana memulakan satu jadual yang baru untuk hidup ana , beberapa impian telah dicatatkan oleh ana , terutamanya , menunaikan fardhu haji. Ya.. disinilah bermulanya hati yang suci , yang sudah lama hilang , telah mendatangi kembali hidup yang serba sederhana ini. Dan jika difikirkan , sayangkan Allah itu kepada hambaNya yang ikhlas untuk menundukkan kembali kepadaNya.

2 tahun kemudian..
Ana mengenali seorang wanita yang lemah lembut budi pekertinya , yang ingin membantu diri ini kembali kejalan yang di redhai Allah , maka perkenalan tersebut telah bermula dari sebuah blog , sayangnya ana lupa nama blog itu .. blog itu seingat ana mempunyai banyak kisah kisah lawak brunei yang direka. Dan disitulah juga bermulanya persahabatan yang akrab yang telah ditentukan oleh Allah sejak kami lahir dari perut ibu dahulu , namanya Rafidah. Dia sangat bijak , baik hati , pemurah , sering menghulurkan bantuan , dan bila insan bersedih , dialah penyembuh kesedihan itu , dan apabila insan hendak berputus asa , tali tersebut akan tebal kembali. Ya begitulah tentang dirinya yang indah. Jazakallahu khair.

Bertemunya ana dengan Rafidah , telah menyebabkan kami berkenalan dengan seorang jejaka , jejaka itu ketika itu , tidaklah menghiraukan sangat pasal persahabatan ni , tapi kami sering menganiayainya sebagai satu alat "peibunan" nya orang brunei. HEHE.. dan disinilah bermulanya satu petikan kisah ana dan yang Esa sebagai satu perjanjian dalam hidup. Hanya Rafidah yang tahu. Satu titik permulaan itu telah membuatkan hati ana untuk mendekatkan diri kepadaNya , berusaha dan terus berusaha , menghadapi dugaan yang perit bukanlah satu penyebab untuk berputus asa bagi ana ketika itu , tetapi suatu sebab untuk mendekati diri kepada Allah yang maha Besar ! Ana terus berdoa , bersembahyang tetapi tidak berzikir , cumalah perkara biasa sahaja yang wajib untuk kita lakukan , sehinggalah kini.

Sehinggalah kini , ana sentiasa ingat tentang perjanjian itu , dan kadang kalanya ana berasa menyesal ,, tapi setiap rintihan itu , seseorang akan berkata bahawa keampunan seorang hamba lebih besar daripada kesalahannya. Penghijrahan ana bermulalah dengan kata kasih , dengan lagu lagu dakwah , dengan bacaan al-quran , dengan petunjuk Allah , dengan kedua ibu bapa , dengan teman yang dikasihi , dengan sahabat yang disayangi . Dari sinilah ana ingin mengetahui lebih tentang ilmu agama islam itu , kerana mempelajarinya , hati akan tenang , jiwa akan damai , susah menjadi senang , sedih menjadi syukur. Dugaan yang diberi tempuh ana terima , terutamanya ketika ana menunaikan fardhu Haji di mekah al mukaramah.

Disini , pertama kali menjejak di bumi Madinah , hati berasa dekat dengan Rasulullah , ketika sampai di penginapan Dallah taibah , melihat disekeliling , tidak sabar untuk solat di masjid An-Nabawi. Ketika berjemaah Dzuhur , Ibu memegang ana dengan erat sekali bersama nenek. Ana lihat usaha ibu untuk membawa kami ke Saf yang hadapan sekali sungguh mempersonakan dengan wajahnya yang berseri. Pertama kali ketika menunaikan sembahyang tahyatul Masjid , Masya Allah , sejuk sungguh lantainya. Ketika menanti azan , Ana melihat sekeliling masjid. Ana dapat merasakan betapa dektnya diri ini kepada Rasulullah tercinta , seperti memanggil manggil ! ya Allah ketemukanlah daku dengannya ;') !

Ketika berada di Mekah , ana dapat merasakan bahawa diri ini lebih dekat dengan Allah , pertama ana tunaikan solat sunat 2 rakaat , kedua melihat kaa'bah , titisan titisan air mata menyebabkan ana bersyukur dapat sampai kerumah Nya ! "Alangkah indahnya kalau ana yang tinggal disini " itulah kata-kata yang sering keluar dari mulut ana sehinggalah selesai menunaikan fardhu haji. Pertama kali , ketika sampai disana , ana sering mendoakan kebahagiaan orang orang yang disekeliling ana , mereka hargai atau tidak , ana masih mahu menerima mereka sebagai saudara ana sendiri. Sakit maanapun hati ini menerimanya , biar Allah saja yang membalasnya. Kedua orang yang ana kasihi tidak kurang dari yang Esa. HB. Engkaulah penyebabku untuk mendekatkan diri kepaadaNya , engkaulah penyebabku untuk berjanji kepadaNya , namun tetap jua ku mungkiri , dan engkaulah penyebabku mendapat susah dan senang , tapi ku terima jua. Engkau jua penyebabku memperolehi dosa dan kadang pahala. Tapi aku tahu semua itu dugaan , cobaan dariNya sejauh mana kita ingat kepadaNya.

Ana bukan lah wanita yang solehah disisi umat manusia , mungkin kau pandang hina kepada diri ini , tapi satu saja pintaku , jangan kau pandang hina terhadap diri orang lain. Dan ana mungkin tidak sempurna , bukan wanita yang baik untuk berada disisi mu , satu saja pintaku jika kau lepas kan semuanya , fikirkan kembali pertama kali perasaaan mu terhadapku. Aku tahu kau kecewa , aku juga kecewa sebenarnya , tapi sekecewa mana pun engkau aku tetap berada disisimu , sebagai pemulih rasa risau mu , aku tahu kau risau kalau aku tidak membalas segala pesanan mu , tapi sekarang kau langsung tidak membalas pesanan ku , maka aku rasa , inilah sebagai balasan dari Allah sebagai seorang wanita yang tidak menepati janji.

حاذيقه رينا

Sabtu, 23 Jun 2012

Buat kekasihku..

Buat sahabatku dunia akhirat ,

Assalamualaikum , aku hanya mahu mengungkapkan sesuatu yang sepatutnya diungkapkan ketika aku mengenalimu pertama kali dalam hidupku. Duhai pelindungku dunia akhirat , jadikanlah dirimu sebagai satu petunjukku di dunia ini agar aku tidak tersesat dari jalan yang sebenarnya , iaitu jalan yang kekal menuju redha Ilahi. Kekasihku yang setia untuk menemaniku , berikanlah daku segelintir cinta kepada ilmu yang bermanfaat yang mudah untuk ku mengikuti dan memahami, agar aku bisa mengongsikannya kepada umat yang lain. Duhai imamku yang memberiku kehidupan yang bahagia , jadikanlah dirimu sebagai pembimbingku dunia dan akhirat. Duhai qari yang diciptakan untukku , merdunya nyanyian mu berlagu rindu yang telah menyebabkan hatiku bergoncang kuat ingin mengetahui tentang dirimu lebih mendalam lagi. Duhai kasih , kini daku memohon ampun kerana kurang perhatian terhadapmu. Tetapi dirimu tetap memanggilku untuk mendekatimu. Dan disitulah hatiku ingat akan Penciptaku , Kekasihku , Allah SWT. Ketika aku membuka setiap lembar demi selembar , aku telah merasakan betapa ruginya diriku selama ini kerana tidak menghargaimu walau sesaat dahulu. Dan disitulahku mulakan "Bismillahirrahmannirrahim" bacaanku dengan penuh makna dan bertajwid. Dan disitulah juga mulanya titisan-titisan air mata taubat yang mengalir memohon keampunan kepada Allah yang Esa. Duhai Al-Quran kitab suci kami , engkau telah diwahyukan kepada Nabi ku Muhammad SAW , jadilah engkau sebagai bukti cintaku kepada Penciptamu. Kirimkanlah doaku kepada Penciptamu bahawa diriku memerlukan keampunan keatas dosa-dosaku yang lalu. Dan diriku merindukanNya dan RasulNya.

HambaMu yang memohon cinta Mu 
حاذيقه رينا

Khamis, 7 Jun 2012

Ahmad Ya Habibi - Allahyarham Ust Asri Ibrahim

Ciri-ciri lelaki dan wanita yang soleh dan solehah : Part 1




Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

to be continue.. 

Isnin, 4 Jun 2012

Kelebihan seorang isteri





1. Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih
    Isteri melayan dengan baik -> maka dia memperolehi pahala jihad

2. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar rumah ke jalan Allah SWT dan menjaga adab rumahtangga
    Akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya , dia akan menjadi ketua 70 000 bidadari.

3. Wanita yang menjaga solatnya , puasanya dan taat kepada suaminya
    Allah SWT izinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.

4. Kalau isteri melayan suami tanpa khianat
    Dia mendapat pahala 12 tahun solat.

5. Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya
    Akan masuk syurga.

6. Jika suami mengajar isterinya satu masalah agama
    Akan dapat pahala 80 tahun beribadat.

7. Isteri yang memandang suami dengan penuh kasih sayang dan suami yang memandang isteri dengan penuh kasih sayang
    Allah SWT memandang dengan penuh rahmat.

8. Jika suami mendatangi isterinya dengan kemarahan TETAPI isterinya melayan dengan baik
    Mendapat separuh pahala jihad.

SEMOGA MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH DIMATA SUAMI.
INSYA ALLAH.

Sabtu, 2 Jun 2012

Suami kurnia Ilahi




Kelebihan seorang suami ..
Solat nya adalah 70 kali ganjarannya berbanding orang bujang.
Nafkah yang diberinya kepada isteri adalah sedekah..
Perjuangan nya mencari rezeki untuk menyara keluarga adalah jihad.
Anak-anak nya yang belum baligh pahala amalannya adalah kepada ibubapanya..
Anak-anak yang belum baligh meninggal adalah jaminan bagi ibubapanya ke syurga..
Setiap suap nasi yang diberi kepada isteri dan anak-anaknya adalah sedekah..
“Lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu..
namun wanita satu akal dan sembilan nafsu..”
Lelaki mungkin memikirkan sesuatu perkara itu berkali-kali sebelum melaksanakannya..
namun bagi wanita mungkin lebih pada melaksanakannya serta-merta apabila dirasakan betul.
jadi ada sesetengah perkara yang isteri mungkin boleh membantu suami..
Nafsunya sembilan, dikaitkan dengan kelembutan perasaan dan kasih sayang..
“Wanita hatinya dimulut.. manakala lelaki mulutnya di hati..”
mungkin yang tidak terungkap oleh lelaki , tetapi senang sahaja diungkapkan oleh wanita..