seperti ana , ana hanyalah insan biasa yang lemah dan juga tidak tahu memahami perasaan yang sebenar , namun , bantuan Allah sentiasa ada , bukan pula ana ingin bersifat ria' namun itulah hakikatnya .. hakikat apa? hakikat yang memiliki sifat ingin mengetahui lebih tentang islam , kata insan , islam itu mudah.. maka buktikanlah ia..
berkata tentang cinta , semua insan berasa bahagia termasuklah ana. Namun , cinta yang sebenar itu adalah , apabila dia ditemukan seseorang dan jatuh hati , dia akan sentiasa berkata "masya Allah , kalau jodoh takkan kemana" dengan perkataan itu , dia akan merasakan bahawa , jodoh itu ditentukan oleh Allah , buat apa nak risau lagi? Masya Allah , indahnya.. kedua .. bukti seseorang jatuh cinta itu , dia akan merasa lebih bahagia ketika disebut sebut nama orang yang dicintai itu , tetapi tahukah akhi dan ukhti ? bahawa perasaan bahagia itu boleh membawa kepada kemungkaran? misalnya , yang mulanya pendiam jadi tidak? Subhanallah , kita tidak menyedari semua itu .. ampunilah kami ya Allah ..
ketiga , apabila dia jatuh hati , orang yang beriman akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dan lebih baik .. iaitu memohon bahawa cinta itu hanyalah kerana Ilahi , masya Allah sungguh indah kan? lebih indah lagi jika wanita atau lelaki itu adalah seorang yang soleh , dan solehah .. ya memang diakui semua umat islam , mahu dan menginginkan orang yang soleh dan solehah menjadi teman hidup..
Namun , sedarkah kamu? adakah kamu orang yang beriman? beramal soleh , untuk menerima cinta mereka? cintailah mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah .. bagi wanita , cintailah mereka yang ingin menjadi imam dalam sembahyang mu , qari bagi bacaan Al-Quran mu .. insya Allah , hingga Jannah cinta kamu bersemi bersama keluarga .. dan ia hanya akan sempurna apabila kamu sentiasa mencintai Allah.
selagi belum ada akad , cinta kamu ada jaraknya ... maka sesuaikan lah diri kamu dengan 6 list ini sebelum kamu menerima nikah seseorang itu..
P/S : "Do not fall in love with the one who does not love Allah, if they can leave Allah (the Creator), they will leave you (just another creation)." - Imam Shafi'e
HNHRS


