Khamis, 31 Mei 2012

jauhi sifat keangkuhanmu




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Isnin, 28 Mei 2012

Lets make the dream come true :')





I have a dream that one day , I will leave my own country and fly to Madina where Islam were started to rise !


I have a dream that one day , people will build up Islam as the most powerful religion which give the right path to live.


I say to you today , my friends , that in spite of the difficulties and frustrations of the moment , I still have a dream. It is a dream that we can continue the journey of Islam to spread the world that has been made by Prophet Muhammad S.A.W (Peace be upon Him) and NO MORE WARS.


I have a dream that today , we will finally realise that this world is only temporary and we should OPEN OUR EYES by NOW to guaranteed our positions to Allah.


HNHRS

Jumaat, 25 Mei 2012

AEROBIC : jom cuba !


LANGKAH 1
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian.. SELAMAT MENCUBA!

Rabu, 23 Mei 2012

Anak bersuara merdu nan indah

Ana cemburu : Beruntunglah lelaki soleh


Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...


Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :-


Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik
Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda
Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia
Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin
Bidadari ni juga suci lagi menyucikan. Mereka tidak ada tempoh 'cuti' atau period.
Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
Mereka hanya akan membuaikan ucapan cinta yang tidak pernah anda dengari dimana-mana
Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda
Wangi nya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya..
Andai mereka mengeluarkan telapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk akan terpesona dengan keindahannya.
Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia


  "Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu waha Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"




Subhanallah,ya Allah indah nya ciptaan Mu untuk lelaki soleh...
"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..
Ada juga hadis yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang untuk setiap lelaki soleh..
"Wahai lelaki soleh ingatlah di Syurga anda akan dilayan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a).
Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidik nya dengan baik maka, isteri anda di syurga akan mendoakan kecelakaan terhadap isteri anda didunia tersebut.


Tidak kah anda mahu bidadari syurga seperti itu.Yang diciptakan khas untuk anda.


Kenikmatan yang anda miliki di syurga, tidak akan sama kenikmatan di dunia bersama isteri anda.


Malah lebih hebat lagi kenikmatan nya bersama isteri anda di syurga kelak...


Berusahalah wahai lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH.


Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang telah Tuhan ciptakan khas untukmu.


 Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda...

Selasa, 22 Mei 2012

Empat wanita yng menjadi penghuni syurga


Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang isteri (perempuan) solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kesucian dirinya (dari perbuatan dosa), dan taat kepada suaminya, ia masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendaki.” (Dikemukan oleh Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya’)

wanita wanita yang indah

Empat wanita yang menjadi penghuni syurga:
1) Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan ia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah)
2) Perempuan yang banyak keturunan (melahirkan banyak anak) lagi penyabar serta ia menerima sahaja pemberian Allah itu dan sabar dengan kehidupan yang serba kurang (qana’ah) dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suami.
3) Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya pergi (keluar menjalankan tugas) ia menjaga dirinya dan tetap beramanah dengan harta suaminya. Jika suaminya pulang ia menjaga mulutnya daripada kata-kata yang boleh menguriskan hati suaminya.
4) Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan ia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya (yang yatim) dan ia tidak bersedia berkahwin kerana takut anak-anak suaminya terbiar.
Sahabat pembaca sekalian, ambillah peluang yang masih ada ini dengan mengamalkan suruhan Allah dan mengikuti segala sunnah Nabi SAW. Sesungguhnya ia membuka jalan untuk kita ke syurga Allah nanti. Jika sudah dijemput ke sana, peluang sudah tertutup serapatnya, tiada lagi jalan untuk kembali ke dunia. Hanya amalan semasa di dunia dikira dalam menentukan syurga atau nereka tempat kita. MasyaAllah…
HNHRS

Raihan - Ashabul Kahfi



DARI UMUR 5 TAHUN . RAIHAN LAH DIDIKAN KU :) INILAH KISAH ASHABUL KAHFI :) TIDAK RUGI JIKA KAMU MELUANGKAN MASA PDA LIRIKNYA HANYA SELAMA 4 LEBIH MINIT. INSYA ALLAH.

Kisah Ashabul Kahfi - Contoh Para Belia Yang Beriman Dan Bertakwa

Isnin, 21 Mei 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Ahad, 20 Mei 2012

Hanya Engkau yang mengetahui segalanya.

Assalamualaikum semua :) 
Alhamdullilah masih ada masa untuk menyebarkan ilmu .. 
apa khabar? 


hari ini ana rehat rehat sahaja.. 
masya Allah dengan tibatibanya hati ana memang teringinkan sesuatu yang indah..
apadia? Teringin untuk mendapatkan seorang yang melabuhkan cintanya kepada Allah .. 
seorang yang bersaksi bahawa cintanya hanya kerana Allah , seorang yang akan sering membimbing ana kejalan menuju Allah , seorang yang akan menjadikan ana wanita syurga.. ya Allah , berikanlah , jadikanlah pasangan yang beramal soleh , dan hanya mementingkan Mu , dan bukan kerana nafsu , sekiranya , dia seorang yang mementingkan nafsu , maka Engkau jauhilah daku dengannya , Engkau anugerahkan aku , dengan pasangan yang beriman kepada Mu .. 


Amin ya Rabb.. 


Biarkanlah , apabila ana sering jatuh cinta , jatuhkanlah cintaku pada yang melabuhkan cintanya kepadaMu.Kerana aku sedar dunia ini hanya sementara , yang penuh dengan cobaan. Kurniakan kami syurga Mu yang penuh dengan kenikmatan. 


Berikanlah kami peringatan yang kuat terhadapMu , agar kami tidak lalai dan leka kerana nikmatnya dunia dan godaan syaitan. ya Allah sesungguhny , hanya Engkau yang mengetahui isi hati kami. 

Jadikanlah cinta kami kerana cintakan agama , bukan kerana elok rupa , bukan kerana harta serta kedudukannya , bukan kerana budinya. 
HNHRS

Sabtu, 19 Mei 2012

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT




Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1.    Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

2.    Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.    Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

far east kembali



ALLAHU AKHBAR ! masya Allah , terima kasih .. apa bila ana dengar ana langsung rindu qiblah Mu ya Allah , rindu menghadap ka'bah Mu , kerana disanalah tempat ku mendekatkan diri kepadaMu .. ampunilah segala dosa , panjangkanlah usia ku , sehatkanlah tubuhku , agar aku  bisa pergi haji lagi.. amin ya rabbb :'D 

Far East - Nur Syahadah



JAMEEEELAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHH :)

DeHearty - Wanita



penyelamatku :)
Alhamdullilah , semangat untuk muslimah sejati :')

Rabu, 16 Mei 2012

istikharah cintaku

Asslamualaikum akhi ukhti. 
sementara ada masa , apa salahnya ana share tentang diri ana?Walaupun dalam bulan peperiksaan , apa salahnya relax kan minda sikit? masya Allah , Allah beri masa ketika kita memerlukannya. Alhamdullilah , ada perubahan dalam blog ana dari segi penambahan lagu. Mudahan akhi dan ukhti suka ya.. :) 



Di sini ana mau cerita sikit seperti yang dinyatakan di atas , tentang diri ana. Ana ni berumur 18 tahun , bulan lapan ni 19 tahun , wah usia remaja sudah. OH! ana mempunya 7 adik beradik iaitu 4 lelaki 3 perempuan , 2 dah kawin , 1 baru tunang dan mempunyai 3 anak buah (nieces) semuanya solehah yang pintar . Syukran anugerah Allah. 

Ana pada masa ini dalam madrasah pusat tingkatan enam meragang negara brunei darussalam. Ana ambil ilmu syariah , bahasa melayu , matematik dan general paper inggeris. Seronok tau di madrasah ini. Ana mempunyai 5 orang sahabat. Mereka sajalah yang ana ada di madrasah , tempat ana kongsi cerita , kata orang sharing tu carin. Indahnyaaaa.. Mereka adalah Dk Nina , Mutihad , Khamsah , Dijah dan Tiqah. Syukran ya Allah Engkau telah menemukan ku dengan mereka ini. 



Selain itu , tentang ana , ana gemar warna coklat dan benda yang kiut , seperti cupcake stuff . Dan ana adalah seorang yng gemar untuk diam , namun gemar untuk ketawa dan membuat perkara yang lucu. Kalau sahabat sedih , insya Allah ana akan cuba untuk menggembirkannya. Tapi kalau ana yang sedih?? tidak apa , Allah sentiasa disisi. 

Peribadi hidup ana.
Ana ada teman hidup , dia adalah akhi hadry , masya Allah ,  kita tak pasti , semua tu ketentuan Allah. Dia seorang yang susah untuk dipujuk , kerana ana tidak pandai memujuk. Ana ni pun seorang yang mahu di pujuk tapi .... tidak apa.. dia sering menegur kesalahan ana , namun marah jika berlebihan. Dia adalah penasihat ana. Namun memang dia tidak ada hebatnya ,, tapi bg ana , masya Allah , syukran ya rabb... Ana tidak mahu kongsi sinilah. Biarlah hanya untuk ana sahaja.

setelah sekian lama , ana sering jatuh cinta dengan kata kata indah , lebih lebih lagi suara yang merdu , apabila berqasidah , membaca al quran dan sebagainya. Kerana apabila ana dengar akan sentiasa menusuk ke kalbu . ya Allah inikah istikharah cintaku antara Kau dan dia? atau dia dan dia?. Namun aku tetap akan teguh iman antara kesemuanya. Cuma ana pinta bahawa biarlah cinta ini hanya kerana Mu ya Allah. satu kata nasihat yang indah buat mereka :


Semoga Allah akan kabulkan doa ana :) 

dan ini buat anda semua disana ...


Terima kasih kerana meluangkan masa bersama blog ana :) 
semoga hari ini hari yang diberkati Allah ..
Amin ya rabb .. 
Wassalam.

HNHRS



Ahad, 13 Mei 2012

Qasidah Tholama asyku gharami.

haddad alwi ft. sulis-tholama asyku.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Achmad Ridwan



Qasidah Tholama Asyku Gharami
 
Qasidah  Tholama Asyku Gharami merupakan antara Qasidah yang masyhur yang membawa erti Kerinduan yang tidak tertanggung lagi terhadap Habibuna Rasulullah. S.A.W. 

طالما اشكو غرامى يا نور الوجود
وانادى يا تهامى يا معدن الجود
Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !

منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود
وارى باب السلام يا زاكى الجدود
Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!
يا طراز الكون انى عاشق مستهام
مغرم والمدح فنى يا بدر التمام
Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!

اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام
فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود
Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!

يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب
يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب
Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.

وعليك الله صلى ربى ذو الجلال
يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال

Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.




 Sesungguhnya banyak kemanisan & kelebihan kita berselawat dan memuji 
Habibuna Rasulullah S.A.W

Sabtu, 12 Mei 2012

Qasidah Burdah

Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.

Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu. Dengan mukjizat
Rasulullah SAW beliau sembuh dari penyakitnya.

 Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi

Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasihMu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan


O Mawla (Protector),
send prayers and peace always and forever
Upon Your Beloved, the best out of all of Creation.

Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami

Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan jin),
dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab.


Muhammad is the Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and jinn),
And the Guide of both the Arabs and the non-Arabs.

Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami

Dialah Kekasih Allah diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan


Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami

Kemudian redha daripada Abu Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan


Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the generous one

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami

Wahai Tuhan ! Perkenankan hajat kami dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan


O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,O Most Munificent One!

Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation


Khamis, 10 Mei 2012

RELA DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, 
Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?.
Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.


Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, 
"Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". 
Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, 
"Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".
 Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, 
"Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".