Sabtu, 28 April 2012

cinta akhi dan ukhti , adakah ia sempurna?



Assalamualaikum ya akhi ya ukhti .. hari ini teringin hendak kongsi tentang cinta .. soal cinta semua insan tau kan? soal hati? bagaimana pula? cinta yang datangnya dari hati , adalah pelbagai cinta , diantaranya , sama ada ia dari hasutan iblis ataupun dari Allah.. satu saja cara ingin mengetahui nya , iaitu , istikharahlah wahai akhi dan ukhti .. 

seperti ana , ana hanyalah insan biasa yang lemah dan juga tidak tahu memahami perasaan yang sebenar , namun , bantuan Allah sentiasa ada , bukan pula ana ingin bersifat ria' namun itulah hakikatnya .. hakikat apa? hakikat yang memiliki sifat ingin mengetahui lebih tentang islam , kata insan , islam itu mudah.. maka buktikanlah ia..

berkata tentang cinta , semua insan berasa bahagia termasuklah ana. Namun , cinta yang sebenar itu adalah , apabila dia ditemukan seseorang dan jatuh hati , dia akan sentiasa berkata "masya Allah , kalau jodoh takkan kemana" dengan perkataan itu , dia akan merasakan bahawa , jodoh itu ditentukan oleh Allah , buat apa nak risau lagi? Masya Allah , indahnya.. kedua .. bukti seseorang jatuh cinta itu , dia akan merasa lebih bahagia ketika disebut sebut nama orang yang dicintai itu , tetapi tahukah akhi dan ukhti ? bahawa perasaan bahagia itu boleh membawa kepada kemungkaran? misalnya , yang mulanya pendiam jadi tidak? Subhanallah , kita tidak menyedari semua itu .. ampunilah kami ya Allah .. 

ketiga , apabila dia jatuh hati , orang yang beriman akan sentiasa mengharapkan yang terbaik dan lebih baik .. iaitu memohon bahawa cinta itu hanyalah kerana Ilahi , masya Allah sungguh indah kan? lebih indah lagi jika wanita atau lelaki itu adalah seorang yang soleh , dan solehah .. ya memang diakui semua umat islam , mahu dan menginginkan orang yang soleh dan solehah menjadi teman hidup.. 

Namun , sedarkah kamu? adakah kamu orang yang beriman? beramal soleh , untuk menerima cinta mereka? cintailah mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah .. bagi wanita , cintailah mereka yang ingin menjadi imam dalam sembahyang mu , qari bagi bacaan Al-Quran mu .. insya Allah , hingga Jannah cinta kamu bersemi bersama keluarga .. dan ia hanya akan sempurna apabila kamu sentiasa mencintai Allah.

selagi belum ada akad , cinta kamu ada jaraknya ... maka sesuaikan lah diri kamu dengan 6 list ini sebelum kamu menerima nikah seseorang itu..


P/S : "Do not fall in love with the one who does not love Allah, if they can leave Allah (the Creator), they will leave you (just another creation)." - Imam Shafi'e




HNHRS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan