Assalamualaikum ya insanni.
Satu permintaan hati yang ingin mengetahui sebenar benar jiwa hamba Allah yang berusaha menuju kejalanNya. Insya Allah.
Cinta itu datangnya dari hati , hati itu diciptakan oleh Allah.
Manusia mempunyai perasaan cinta dan kaish sayang , selain itu , sifat semula jadi akan timbul dengan keadaan terpaksa mengikut situasi masing masing , seperti , marah , iri hati , ikhlas , suci , benar , tipu , dan sebagainya. Manusia tidak lepas dari semua sifat semula jadi ini , tapi dengan adanya hati yang ikhlas kerana Allah , semuanya akan menjadi lemah lembut , insya Allah. Dalam pelbagai situasi , hatinya akan sabar tidak kira orang lain itu menghinanya atau mencelanya.
Selain daripada itu , manusia juga ada perasaan ingin ungkit-mengungkit (bahasa brunei) yang juga bermaksud mengenang kembali kesalahan/perasaan orang yang sudah lama dahulu kerana tidak berasa puas hati. Kerana apakah ia berlaku? kerana bisikan syaitan , kerana itulah kita digalakkan untuk sentiasa berwudhu'. Dan apabila ini terjadi , dengan automatik manusia itu sendiri akan berkata "saya dulu pernah membantu mu , tapi sekarang kau , apa kau buat? sekalipun kau tak pernah membantuku , asyik sibok je" selain daripada itu "eh , aku ikhlas lah membantu mu , segala barang mu ku bersihkan , tapi kau pernahkah membantu ku? hah ! sia sia saja aku membantu mu". Wahai insan yang disayangi Allah , jangan kau bilang kau sungguh bijak dan baik dalam membantu orang , sungguh ! apa yang kau bantu kau dapat ganjaran , tapi sesudah kau berkata - kata sedemikian , ganjaran mu akan berkurang , dan hati yang sanubari itu akan perlahan-lahan menghilang.
Satu pesanan buat insan sekalian , daripada diriku yang hina. Jangan kamu sesuka hati mengata orang bahawa dia tidak pernah membantu mu , MEMBANTU INI BUKAN HANYA DARI SEGI TENAGA , TAPI MEMBANTU SAUDARA YANG LAIN DENGAN DOA AGAR KESEJAHTERAANNYA BERPANJANGAN ADALAH LEBIH BAIK. Renungkanlah wahai orang yang berakal . ada hikmah disebalik semua ini.
حاذقه رينا

Tiada ulasan:
Catat Ulasan