Asslamualaikum akhi ukhti.
sementara ada masa , apa salahnya ana share tentang diri ana?Walaupun dalam bulan peperiksaan , apa salahnya relax kan minda sikit? masya Allah , Allah beri masa ketika kita memerlukannya. Alhamdullilah , ada perubahan dalam blog ana dari segi penambahan lagu. Mudahan akhi dan ukhti suka ya.. :)
Di sini ana mau cerita sikit seperti yang dinyatakan di atas , tentang diri ana. Ana ni berumur 18 tahun , bulan lapan ni 19 tahun , wah usia remaja sudah. OH! ana mempunya 7 adik beradik iaitu 4 lelaki 3 perempuan , 2 dah kawin , 1 baru tunang dan mempunyai 3 anak buah (nieces) semuanya solehah yang pintar . Syukran anugerah Allah.
Ana pada masa ini dalam madrasah pusat tingkatan enam meragang negara brunei darussalam. Ana ambil ilmu syariah , bahasa melayu , matematik dan general paper inggeris. Seronok tau di madrasah ini. Ana mempunyai 5 orang sahabat. Mereka sajalah yang ana ada di madrasah , tempat ana kongsi cerita , kata orang sharing tu carin. Indahnyaaaa.. Mereka adalah Dk Nina , Mutihad , Khamsah , Dijah dan Tiqah. Syukran ya Allah Engkau telah menemukan ku dengan mereka ini.
Selain itu , tentang ana , ana gemar warna coklat dan benda yang kiut , seperti cupcake stuff . Dan ana adalah seorang yng gemar untuk diam , namun gemar untuk ketawa dan membuat perkara yang lucu. Kalau sahabat sedih , insya Allah ana akan cuba untuk menggembirkannya. Tapi kalau ana yang sedih?? tidak apa , Allah sentiasa disisi.
Peribadi hidup ana.
Ana ada teman hidup , dia adalah akhi hadry , masya Allah , kita tak pasti , semua tu ketentuan Allah. Dia seorang yang susah untuk dipujuk , kerana ana tidak pandai memujuk. Ana ni pun seorang yang mahu di pujuk tapi .... tidak apa.. dia sering menegur kesalahan ana , namun marah jika berlebihan. Dia adalah penasihat ana. Namun memang dia tidak ada hebatnya ,, tapi bg ana , masya Allah , syukran ya rabb... Ana tidak mahu kongsi sinilah. Biarlah hanya untuk ana sahaja.
setelah sekian lama , ana sering jatuh cinta dengan kata kata indah , lebih lebih lagi suara yang merdu , apabila berqasidah , membaca al quran dan sebagainya. Kerana apabila ana dengar akan sentiasa menusuk ke kalbu . ya Allah inikah istikharah cintaku antara Kau dan dia? atau dia dan dia?. Namun aku tetap akan teguh iman antara kesemuanya. Cuma ana pinta bahawa biarlah cinta ini hanya kerana Mu ya Allah. satu kata nasihat yang indah buat mereka :
Semoga Allah akan kabulkan doa ana :)
dan ini buat anda semua disana ...
Terima kasih kerana meluangkan masa bersama blog ana :)
semoga hari ini hari yang diberkati Allah ..
Amin ya rabb ..
Wassalam.
HNHRS




Tiada ulasan:
Catat Ulasan