Selasa, 22 Mei 2012

Empat wanita yng menjadi penghuni syurga


Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang isteri (perempuan) solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kesucian dirinya (dari perbuatan dosa), dan taat kepada suaminya, ia masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendaki.” (Dikemukan oleh Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya’)

wanita wanita yang indah

Empat wanita yang menjadi penghuni syurga:
1) Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan ia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah)
2) Perempuan yang banyak keturunan (melahirkan banyak anak) lagi penyabar serta ia menerima sahaja pemberian Allah itu dan sabar dengan kehidupan yang serba kurang (qana’ah) dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suami.
3) Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya pergi (keluar menjalankan tugas) ia menjaga dirinya dan tetap beramanah dengan harta suaminya. Jika suaminya pulang ia menjaga mulutnya daripada kata-kata yang boleh menguriskan hati suaminya.
4) Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan ia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya (yang yatim) dan ia tidak bersedia berkahwin kerana takut anak-anak suaminya terbiar.
Sahabat pembaca sekalian, ambillah peluang yang masih ada ini dengan mengamalkan suruhan Allah dan mengikuti segala sunnah Nabi SAW. Sesungguhnya ia membuka jalan untuk kita ke syurga Allah nanti. Jika sudah dijemput ke sana, peluang sudah tertutup serapatnya, tiada lagi jalan untuk kembali ke dunia. Hanya amalan semasa di dunia dikira dalam menentukan syurga atau nereka tempat kita. MasyaAllah…
HNHRS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan